Kencing Berbuih, Tanda Rosak Buah Pinggang?

Buah pinggang adalah salah satu organ yang paling penting dalam tubuh badan kita. Banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Justeru, pesakit buah pinggang yang serius perlu menjalani dialisis bagi membersihkan darah dari bahan toksik yang merbahaya.

Air kencing berbuih ini mungkin boleh terjadi hasil daripada beberapa perkara. Tetapi, adakah normal apabila air kencing berbuih? Kencing berbuih ini boleh menjadi tanda anda mempunyai masalah kesihatan, terutamanya buah pinggang.

 

 

Punca lain kencing berbuih termasuklah,

1. Kelajuan Aliran Kencing
Sama seperti air yang berbuih apabila keluar dari paip dengan cepat, air kencing juga boleh menjadi berbuih jika terkena mangkuk tandas dengan cepat. Namun, buih ini akan hilang dengan pantas.

2. Air Kencing Terlalu Pekat
Air kencing juga boleh jadi berbuih apabila ia terlalu pekat. Ini disebabkan oleh kekurangan minum air daripada kadar yang sepatutnya (dehidrasi) atau kehamilan.

3. Protein Dalam Air Kencing
Air kencing yang berbuih boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai terlalu banyak kandungan protein seperti albumin dalam air kencing. Protein dalam air kencing akan bertindak balas dengan udara bagi menghasilkan buih.

Pada kebiasaannya, buah pinggang akan menapis bahan buahan dan air yang berlebihan daripada darah ke dalam air kencing anda.

Namun, sekiranya buah pinggang anda mengalami masalah, ia tidak dapat menapis dengan baik.

Ini akan mengakibatkan terlalu banyak protein meresap ke dalam air kencing. Masalah ini dipanggil sebagai proteinuria dan merupakan tanda penyakit buah pinggang kronik atau kerosakan buah pinggang peringkat akhir.

Anda juga lebih cenderung untuk alami masalah buah pinggang sekiranya :

  • menghidap kencing manis
  • mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang
  • menghidap tekanan darah tinggi

4. Ejakulasi Retrograde
Walaupun jarang berlaku dalam kalangan lelaki, kencing berbuih juga boleh menjadi tanda bagi ejakulasi retrograde iaitu keadaan apabila air mani kembali ke dalam pundi kencing dan bukannya dikeluarkan dari zakar.

5. Amyloidosis
Amyloidosis ialah satu lagi masalah kesihatan yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan air kencing berbuih serta pengumpulan cecair berlebihan. Selain menjejaskan fungsi buah pinggang, amyloidosis juga boleh memberi kesan kepada organ lain.

6. Pengambilan Ubat Phenazopyridine
Sesetengah individu yang mengambil ubat ini boleh alami masalah kencing berbuih. Ia sering digunakan bagi merawat kesakitan akibat jangkitan saluran kencing.

7. Penyakit Buah Pinggang
15% rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Kebanyakan mereka hanya mengetahui menghidap penyakit itu apabila sudah berada pada tahap serius kerana tiada gejala peringkat awal.

Kencing berbuih adalah salah satu tanda masalah buah pinggang.

 

 

Simptom Yang Perlu Diberi Perhatian

Kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah kesihatan sekiranya kencing berbuih turut terjadi dengan beberapa simptom seperti berikut :

  • Badan lesu
  • Rasa loya atau mual
  • Sukar untuk tidur malam
  • Air kencing berwarna gelap atau keruh
  • Sekiranya anda seorang lelaki, anda mungkin tidak mengeluarkan atau hanya mengeluarkan air mani dalam jumlah sedikit ketika orgasme.
  • Seorang lelaki juga mungkin mengalami masalah tidak subur
  • Bengkak yang ketara pada bahagian tangan, muka, kaki dan badan yang mungkin menunjukkan tanda pengumpulan
  • Cecair dalam badan disebabkan oleh masalah buah pinggang
  • Muntah-muntah
  • Hilang selera makan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Pada kebanyakan masa, air kencing berbuih boleh diatasi dengan meminum lebih banyak air kosong. Namun, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya :

  • Masalah air kencing berbuih tidak hilang dalam masa beberapa hari
  • Anda mempunyai pelbagai simptom seperti muntah, loya, badan bengkak, kelesuan dan hilang selera makan
  • Air kencing keruh atau berdarah

Dengan diagnosa dan rawatan awal, anda mungkin dapat mengelakkan komplikasi kesihatan yang lebih teruk pada masa akan datang.

Sumber : Hellodoktor, Healthline

 

Kenapa Tunggu Lagi?

Dapatkan Produk Subarashi

Beli Sekarang

 

 

You may also like

Leave a comment

Open chat
1
💬 Ingin Bantuan?
Hello 👋
Can we help you?